Monday, March 13, 2017

Application of Residence Visa to Arab Saudi

Assalammualaikum

 Application of residence visa to KSA.

Untuk apply KSA residence visa ni, firstly, kena sediakan 8 dokumen ini. They are:
1. KSA visa application form.
2. 2 keping gambar berukuran passport (Background putih ye, bukan biru).
3. Valid passport. (Jangan bagi passport yang dah expired!)
4. Yellow slip of sponsor kita (dalam case aku, husband)
5. Medical report
6. Certificate of good conduct (wife)
7. A copy of iqama sponsor
8. Salinan sijil nikah

Okay, untuk dapatkan visa form, kita kena go through agency. Dulu, aku cuba nak buat everything sendiri tapi husband aku cakap, Saudi Embassy tak terima personel. Yang ni aku tak tau kesahihannya, tapi better la guna agent. Untuk agency, aku ada 2 contact agency. Kalau nak, nanti aku lampirkan. Untuk agency, it is better untuk communicate through email than phone kecuali kalau urgent. Sebab apa? Sebab senang nak request details. in addition, we can keep any details yang dorang and kita bagi. Supaya di kemudian hari, jika ada miscommunication atau arguement, senang nak cari records or bukti. Trust me!

Untuk item Yellow slip of sponsor kita (dalam case aku, husband). Untuk husband request yellowslip, dia perlukan 2 dokumen which are Translated sijil nikah dan degree certs of husband (kedua dokumen ni perlukan cop MOFA dan KSA embassy). Yang cop2 ni takpe, serahkan pada agent. Dia yang akan settlekan, bayar fees je. Sebelum submit pada agent, pastikan kat belakang cert degree tu dah ada cop Saudi culture. Kalau takda macam kes aku, we need to go through other procedure untuk dapatkan cop saudi culture. Part ni, if needed, may email me for further explanation ya.


Haa.. Ni adalah bilangan cop di belakang degree certs yang lengkap. Kalau sikit daripada ni, tak lengkap lah cop tu. haha. Translated sijil nikah dan degree certs ni korang kena pos ke husband sana, So that he can start to apply for yellow slip.

Untuk item  Medical report, korang dah boleh start buat once husband korang start apply yellowslip sebab kalau buat terlalu awal, takut nanti medical report ni expired plak, klau terlalu lambat nanti takes time plak nak tunggu medical report siap. Untuk buat medical check up, KSA hanya approve reports dari certain hospital saja. Seingatnya, Prince Court Medical Centre, BP Diagnostics, KPJ and etc. Dari survey yang aku buat, KPJ paling murah la and ambik masa 7 working days tuk siap. Masa aku dulu, aku buat ayat2 sedih, 3 hari dah dapat.hehe.

Untuk item Certificate of good conduct (wife), kita kena apply online di website www.kln.gov.my. lepas submit, it takes about 1-2 months katanya. masa apply tu, dia akan bagi  slip. Print slip tu untuk bawa masa collection nanti. Tapi masa aku apply dulu, hanya 3 minggu dah approved. Once approved, mereka akan beritahu kita through email. Jadi, kita akan collect CGC ni di Ministry of Foreign Affairs di Putrajaya. Masa collection tu, bagi slip kita bersama bayaran RM20.

So, after dah lengkap 8 documents tu, boleh la apply visa. Ni pun agent akan buat. kita hanya sediakan bayaran. Visa boleh siap dalam masa 1-2 working days je. Siap, boleh la fly ke KSA within 3 months of visa issued.

Sekian.
Harap dapat membantu. ;)



Thursday, February 23, 2017

Taaruf

Assalammualaikum
Salam Sejahtera.

Blog? Sebenarnya dulu memang ada tapi berkubur sebab takda komitmen nak tulis. 

Now, Return and Restart.
Sebabnya, terkurung dalam rumah adalah membosankan. 
Aku suka membaca, tapi jarang nak bercakap.
kalau merajuk ke sentap pun, tulis surat kat mak or tulis poem, pastu simpan kemas-kemas. 

Berkemungkinan, ada maklumat or info yang aku boleh share, dan bermanfaat untuk sesetengah orang. 

Kenapa kingdom of rojak laicikang? Maybe sebab aku rindu amat2 masakan malaysia. Heh. Sebab blog ni takda tema. Ikut suka hati aku nak share apa. Mungkin hari ni aku nak share pasal trip aku kat sini, esok pasal masakan, lusa pasal facts, hujung minggu aku berpuisi. Mungkin ada hari aku nak jadi minah salleh, tulis dalam bahasa inggeris. So,rojak laicikang. Tapi aku akan pastikan tulisan aku ini beneficial pada sesetengah orang.

So, atas permintaan someone,
Next entry will be permohonan residence visa ke Arab Saudi.
Hope it can be a little help for those in need untuk application visa sejenis ini.


" The Prophet said: Whoever guides someone to goodness will have a similar reward."
                                                                                                                             [Sahih Muslim: 1893]

Wassalam.